PUSAT SUMBER AL-FATEH SK KG. TITINGAN
Tuesday, February 11, 2025
Wednesday, April 4, 2018
MAJLIS PELANCARAN KM1M PERINGKAT SKKTT 2018
Majlis telah diserikan dengan Deklamasi Sajak yang dipimpin dan disampaikan oleh En. Jahar Hasan dengan gabungan beberapa orang murid. Selain itu, tiga orang guru juga telah mengadakan resensi buku yang menyemarakkan lagi majlis pelancaran. Mereka ialah Pn. Kamisah Anggail, Pn. Rosnanie Mohd. Alie dan Pn. Samsiah Sundu.
Majlis sempat berpindah tempat dari tapak perhimpunan ke Zon Bacaan bagi meneruskan pengisian majlis akibat perubahan cuaca. Tahniah kepada semua warga sekolah yang telah menjayakan majlis ini.
Taklimat oleh En. Prasad Ridwan (GPM)
Ucapan pelancaran program KM1M peringkat SKKTT oleh tuan Guru Besar,
En. Hasan bin Kadir.
Countdown bacaan serentak oleh tuan Guru Besar SKKTT,
Monday, March 26, 2018
PELANCARAN BULAN PUSAT SUMBER AL-FATEH 2018
26 Mac 2018 (Isnin) telah diadakan dengan jayanya Majlis Pelancaran Bulan Pusat Sumber Al-Fateh SKKTT tahun 2018. Majlis telah dsempurnakan oleh En. Hasan Kadir, Guru Besar Cemerlang SKKTT.
Bulan Pusat Sumber Al-Fateh merupakan program tahunan yang melibatkan semua panitia matapelajaran dan unit-unit khas yang ada di sekolah ini. Komuniti ini sama-sama melaksanakan pelbagai aktiviti mengikut bidang masing-masing. Program besar ini dilaksanakan selama sebulan bermula 26 Mac 2018 sehingga 27 April 2018.
Melalui program ini sekolah dapat mencungkil pelbagai kemahiran murid agar dapat diketengahkan ke peringkat daerah, bahagian , negeri dan seterusnya kebangsaan.
En. Prasad Ridwan, GPM dan Penyelaras Program Bulan Pusat Sumber Al-Fateh 2018
Penyempurnaan Majlis Pelancaran Bulan Pusat Sumber Al-Fateh oleh En. Hasan Kadir, Guru Besar Cemerlang SKKTT.
Brosur Pelancaran
Brosur Pelancaran
Saturday, September 30, 2017
JAMUAN MERAIKAN GURU-GURU PRAKTIKUM IPG KAMPUS TAWAU
30.09.2017 (Sabtu) telah diadakan satu jamuan meraikan guru-guru praktikum dari IPG Kampus Tawau yang telah menjalankan praktikum di SK Kg. Titingan selama 3 bulan bermula dari 03 Julai hingga 29 September 2017. Jamuan telah diadakan selepas mesyuarat Kurikulum dan HEM yang telah diadakan pada hari yang sama. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua 11 orang guru yang terlibat dalam pelbagai program dan aktiviti yang diadakan di sekolah. Terima kasih juga diucapkan kepada IPG Kampus Tawau yang memberi kepercayaan kepada sekolah dengan memilih sekolah sebagai salah satu tempat untuk melaksanakan praktikum.
BIL
|
NAMA
|
01
|
AL KUMAL SHARIF
|
02
|
FAZLI MURAI
|
03
|
AMIRAH NOR ADLINA AMINUDDIN
|
04
|
NOR AIN AHMAD SUHAIMI
|
05
|
CALY GOAN GEORGETING
|
06
|
NURUL AINA NAJIHAH ZURIN
|
07
|
AMINAH NURUL NABILA AZUMAN
|
08
|
JEJEH FAZIRAH WALIN
|
09
|
NURSYAHIDA SAMAN
|
10
|
NOR SYAFIKAH AMBOTUO
|
11
|
NORIKA KADIR
|
Senarai 11 orang guru praktikum dari IPGM Kampus Tawau.
Bersama barisan pentadbir.
Mengabadikan kenangan bersama guru-guru SK Kg Titingan
Jamuan telah diadakan di Zon Bacaan dan menggunakan My Little Chair yang berwarna-warni.
Subscribe to:
Posts (Atom)