Friday, October 21, 2016

Mesyuarat Induk PS Al-Fateh SKKTT Kali Ke-2 Tahun 2016





 Mesyuarat turut dihadiri oleh En. Kadir bin Nusup, YDP PIBG SKKTT 
(Bercermin mata, dua dari kiri) 




Wednesday, October 19, 2016

HUBUNGI KAMI


VISI DAN MISI



OBJEKTIF PSS



¨Merealisasikan matlamat  kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

¨ Melahirkan pelajar celik huruf dan membanteras buta huruf.

¨ Menyediakan bahan bacaan yang bersesuaian dengan tahap umur murid.

¨ Meningkatkan jumlah bacaan murid.

¨ Membentuk generasi yang suka membaca. 

Tuesday, October 18, 2016

AHLI JAWATANKUASA PSS SK KG TITINGAN TAHUN 2016










SEJARAH PSS SK. KG. TITINGAN



Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan telah ditubuhkan dengan  rasminya pada 1 Januari 1996. Dengan memiliki bangunan sendiri serta berkonkrit PSS telah dapat  menyediakan  pelbagai perkhidmatan untuk kegunaan guru, murid dan  masyarakat  setempat.

Pusat sumber sekolah ini mempunyai   keluasan 4 bay atau sama dengan keluasan 4 bilik darjah. Pusat sumber sekolah menyediakan Perkhidmatan  Sirkulasi, Khidmat Bantu, Kursus perkembangan Staff,  Peminjaman  Komuniti, Bilik APD, Bilik-Bilik Khas, Pusat Akses dan sebagainya.

Penyelaras Pusat Sumber memainkan  peranan bagi kebekersanan perkhidmatan PSS sekolah di samping sumber manusia yang lain terutama Ketua Panitia dan Unit-Unit Khas. Pentadbiran PSS telah melalui 4 orang guru besar berkaliber seperti Encik Sahat Mat Zin,  Encik Hussain Perumal, Puan Samiah Bujing dan sekarang Encik Hasan Kadir.

PSS ini telah beberapa kali muncul sebagai PSS terbaik di daerah Tawau dalam aspek  Pengurusan PSS, Pengurusan NILAM dan Pengurusan Pusat Akses. Telah menyertai pertandingan PSS peringkat negeri Sabah pada tahun 2004 dan menyertai NILAM Kebangsaan pada Tahun 2002.


PERATURAN-PERATURAN PSS SKKTT


1. Sila tanggalkan kasut anda di luar dan disusun dengan kemas.

2. Dilarang masuk tanpa kebenaran. Sila pastikan PSS sentiasa bersih dan dikemas sebelum keluar.

3. Peminjaman dan pemulangan boleh dilakukan setiap hari

4. Semua pengguna dilarang melayari Internet pada alamat-alamat yang tidak bermoral (lucah).

5. Pengguna dilarang bermain sebarang permainan atau ’game’. tanpa kebenaran.

6. Pengguna dilarang membuat bising dan berlari-lari di dalam PSS serta dilarang menganggu atau memindahkan kedudukan asal bahan.

7. Bahan yang dipinjam hendaklah dikembalikan dengan kadar segera dan sekiranya hilang hendaklah digantikan dengan nilai harga barang yang sama.

8. Makan, minum serta membawa beg ke dalam PSS ditegah sama sekali.

9. Buku rekod peminjaman dan penggunan mesti diisi setiap kali guru atau murid masuk ke dalam PSS.

10. Jangan mengambil Buku tanpa izin guru.
.
11. Pelajar yang melanggar disiplin akan digantung keahliannya.