Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Januari 1996. Dengan memiliki bangunan sendiri serta berkonkrit PSS telah dapat menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kegunaan guru, murid dan masyarakat setempat.
Pusat sumber sekolah ini mempunyai keluasan 4 bay atau sama dengan keluasan 4 bilik darjah. Pusat sumber sekolah menyediakan Perkhidmatan Sirkulasi, Khidmat Bantu, Kursus perkembangan Staff, Peminjaman Komuniti, Bilik APD, Bilik-Bilik Khas, Pusat Akses dan sebagainya.
Penyelaras Pusat Sumber memainkan peranan bagi kebekersanan perkhidmatan PSS sekolah di samping sumber manusia yang lain terutama Ketua Panitia dan Unit-Unit Khas. Pentadbiran PSS telah melalui 4 orang guru besar berkaliber seperti Encik Sahat Mat Zin, Encik Hussain Perumal, Puan Samiah Bujing dan sekarang Encik Hasan Kadir.
PSS ini telah beberapa kali muncul sebagai PSS terbaik di daerah Tawau dalam aspek Pengurusan PSS, Pengurusan NILAM dan Pengurusan Pusat Akses. Telah menyertai pertandingan PSS peringkat negeri Sabah pada tahun 2004 dan menyertai NILAM Kebangsaan pada Tahun 2002.
No comments:
Post a Comment