Saturday, September 30, 2017

JAMUAN MERAIKAN GURU-GURU PRAKTIKUM IPG KAMPUS TAWAU

30.09.2017 (Sabtu) telah diadakan satu jamuan meraikan guru-guru praktikum dari IPG Kampus Tawau yang telah menjalankan praktikum di SK Kg. Titingan selama 3 bulan bermula dari 03 Julai hingga 29 September 2017. Jamuan telah diadakan selepas mesyuarat Kurikulum  dan HEM yang telah diadakan pada hari yang sama. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua 11 orang guru yang terlibat dalam pelbagai  program dan aktiviti yang diadakan di sekolah. Terima kasih juga diucapkan kepada IPG Kampus Tawau yang memberi kepercayaan kepada sekolah dengan memilih sekolah sebagai salah satu tempat untuk melaksanakan praktikum.  

BIL
NAMA
01
AL KUMAL SHARIF
02
FAZLI MURAI
03
AMIRAH NOR ADLINA AMINUDDIN
04
NOR AIN AHMAD SUHAIMI
05
CALY GOAN GEORGETING
06
NURUL AINA NAJIHAH ZURIN
07
AMINAH NURUL NABILA AZUMAN
08
JEJEH FAZIRAH WALIN
09
NURSYAHIDA SAMAN
10
NOR SYAFIKAH AMBOTUO
11
NORIKA KADIR
Senarai 11 orang guru praktikum dari IPGM Kampus Tawau.

Bersama barisan pentadbir. 


Mengabadikan kenangan bersama guru-guru  SK Kg Titingan 




Jamuan telah diadakan di Zon Bacaan dan menggunakan My Little Chair yang berwarna-warni.

















MESYUARAT HEM KALI KE-3 & MESYUARAT KURIKULUM KALI KE-4 2017

30.09.2017 (Sabtu) dua mesyuarat telah diadakan dengan dimulakan dengan Mesyuarat HEM Kali Ke-3 dan kemudian diteruskan dengan Mesyuarat Kurikulum Kali Ke-4. Semasa mesyuarat, En. Hasan Kadir, Guru Besar telah merakamkan ucapan tahniah kepada semua guru khasnya En. Prasad Ridwan (GPM) yang telah berjaya memartabatkan Pusat Sumber Al-Fateh hingga ke peringkat kebangssan. Beliau turut mengingatkan guru-guru tentang Program Dakapan Ilmu yang perlu terus diterapakn kepada murid dalam usaha menarik minat membaca murid, meningkatkan disiplin murid yang postif di samping mengelakkan sebarang kecederaan semasa waktu rehat. 

En. Prasad Ridwan juga turut menyampaikan ucapan terima kasih diatas kerjasama semua warga sekolah khasnya barisan pentadbir semasa mesyuarat tersebut diatas kejayaan Pusat Sumber Al-Fateh sehingga kini. Beliau juga tidak lupa menyampaikan hasil pemantauan terhadapa Pusat Sumber Al-Fateh yang telah diadakan pada 27.09.2017.

En. Hasan Kadir (Guru Besar) yang mempengerusikan mesyuarat (Dua dari kiri)

En. Prasad Ridwan (GPM) ketika menyampaikan info hasil 
pemantauan pusat sumber cemerlang.












Friday, September 29, 2017

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK KG TITINGAN TAHUN 2017

29 September 2017 (Jumaat) adalah Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah SK Kg. Titingan. Pelbagai acara telah diadakan sepanjang Bulan Kebangsaan seperti pertandingan Kebersihan dan Keceriaan, Bicara Berirama, Deklamasi Sajak, Koir dan pertandingan Pakaian bertema Bulan Kebangsaan untuk  Tahap 1. Turut diadakan ialah  pameran yang diadakan di luar bilik guru serta di kelas-kelas. Kejayaan pelaksanaan program Bulan Kebangsaan merupakan hasil kolaboratif Panitia Sejarah bersama pelbagai unit termasuk Pusat Sumber Al-Fateh, Unit Kebersihan & Kecerian (HEM), Kelab/Persatuan Rukun Negara serta Unit Kokurikulum sekolah. Syabas dan tahniah. Negaraku, Sehati Sejiwa.