27 September 2017 (Rabu) merupakan penilaian terhadap Pusat Sumber Al-Fateh yang mewakili negeri Sabah bagi Calon Pusat Sumber Cemerlang peringkat kebangsaan untuk tahun 2017. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penilai iaitu Encik Awang Masri bin Awang Matusin (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM) bersama Puan Suzianah binti Abd. Fidah (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM cawangan Tawau). Turut hadir semasa penilaian ialah En. Jumaan Bahrun Sashop (Pegawai BTP Daerah Tawau, En. Sulaiman Musi (PKG Tawau) dan En. Kadir Nusup (YDP PIBG). Tahniah kepada barisan pentadbiran sekolah, guru-guru, para pelajar serta warga sekolah yang terlibat dalam memartabatkan Pusat Sumber Al-Fateh. Semoga sekolah terus mendapat impak yang positif dan membanggakan hasil penilaian tersebut.
Saksikan juga persembahan Video Koporat Pusat Sumber Al-Fateh,
SK Kg. Titingan di pautan berikut :
No comments:
Post a Comment