30.09.2017 (Sabtu) dua mesyuarat telah diadakan dengan dimulakan dengan Mesyuarat HEM Kali Ke-3 dan kemudian diteruskan dengan Mesyuarat Kurikulum Kali Ke-4. Semasa mesyuarat, En. Hasan Kadir, Guru Besar telah merakamkan ucapan tahniah kepada semua guru khasnya En. Prasad Ridwan (GPM) yang telah berjaya memartabatkan Pusat Sumber Al-Fateh hingga ke peringkat kebangssan. Beliau turut mengingatkan guru-guru tentang Program Dakapan Ilmu yang perlu terus diterapakn kepada murid dalam usaha menarik minat membaca murid, meningkatkan disiplin murid yang postif di samping mengelakkan sebarang kecederaan semasa waktu rehat.
En. Prasad Ridwan juga turut menyampaikan ucapan terima kasih diatas kerjasama semua warga sekolah khasnya barisan pentadbir semasa mesyuarat tersebut diatas kejayaan Pusat Sumber Al-Fateh sehingga kini. Beliau juga tidak lupa menyampaikan hasil pemantauan terhadapa Pusat Sumber Al-Fateh yang telah diadakan pada 27.09.2017.
En. Hasan Kadir (Guru Besar) yang mempengerusikan mesyuarat (Dua dari kiri)
En. Prasad Ridwan (GPM) ketika menyampaikan info hasil
pemantauan pusat sumber cemerlang.
No comments:
Post a Comment